Bagaimana Kami bermula
Industri pengangkutan di Malaysia menyaksikan perkembangan yang memberangsangkan sejajar dengan peningkatan permintaan terutamanya dari komuniti perniagaan dan penduduk sekitar.
Pengangkutan darat adalah pengangkutan yang paling biasa digunakan di Malaysia seperti bas, teksi, dan sebagainya. Malahan, pengangkutan jenis ini mendapat sambutan yang paling menggalakkan daripada pengguna pengangkutan awam. Oleh sebab itu, pengangkutan ini tidak lagi dapat menampung pertambahan pengguna pengangkutan awam dan seringkali mendapat aduan daripada orang ramai mengenai ketidakcukupan pengangkutan bas di Malaysia.
Fenomena ini mencetuskan idea kepada pemohon untuk menubuhkan perniagaan yang didaftarkan atas nama
UMMUL TRAVEL & TOUR SDN. BHD. yang telah beroperasi sejak sekian lama bermula dari 22 November 1998 dan tempat beroperasi di No. 22-K , Jalan Stesen 02600 Arau, Perlis. Syarikat ini ialah sebuah agensi pelancongan dan pengangkutan yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan van Universiti, bas persiaran, bas pekerja dan kenderaan sewa pandu sendiri kepada penduduk sekitar dan Jabatan-Jabatan Kerajaan negeri Perlis, Kedah dan Utara Semenanjung Malaysia serta penginapan di BandaR DiRaja Arau, Perlis. Syarikat juga telah menambah modal berbayar syarikat menjadi RM1 juta untuk baik pulih perkhidmatan syarikat.